Header Ads

Misteri Ibu Muda Lahirkan Anak Ketika Berusia 5 Tahun, Gadis Elak Dari Temubual

Gelaran ibu paling muda dalam sejarah rekod perubatan di dunia dikatakan milik Lina Medina. Dia seorang kanak2 perempuan yang dilahirkan pada 27 September 1933 di Ticrapo, Peru. Ketika Lina Medina lahirkan bayi lelaki, dia cuma berusia 5 tahun 7 bulan 17 hari.


Pada mulanya, ibu bapa bawa dia ke hospital di bandar Lima, Peru kerana perutnya membesar . Disangkakan mengalami ketumbuhan, tetapi rupa-rupanya dia mengandung.

Ketika diperiksa pada 18 April 1939, dia sedang hamil 7 bulan. Tiba waktu bersalin, dia selamat lahirkan bayi lelaki 2.7kg melalui kaedah Caesarean Section (C-section) pada 14 May 1939.


Dia terpaksa dibedah kerana tulang pelvisnya kecil, jadi bayi tak dapat keluar secara normal. Bayi tersebut diberi nama Gerardo sempena nama doktor yang terlibat.

Pelik dengan peringkat usianya yang boleh melahirkan anak?

Lina Medina lain dari kanak2 seusianya yang lain. Badan dan tulang dia cepat matang, kerana dia mula datang bulan ketika berusia 3 tahun.


Jika begitu, siapa bayi tersebut?

Bapa kepada anaknya itu tidak didedahkan identitinya. Ada yang kata Lina hamil akibat perbuatan bapa kandung dia, namun kekurangan bukti tidak dapat mengesahkan perkara ini.

Kini keadaan Lina Medina tidak dapat dipastikan kerana dia memilih untuk elak dari ditemubual.

sumber: effortlab.com

Dikuasakan oleh Blogger.