Header Ads

Lelaki Ini Buka Bisnes Jual Pizza 1$, Kemudian Baru Kami Tahu Kenapa

Ini adalah Mason Wartman,


Mason berhenti kerja dari Wall Street untuk membuka perniagaan yang dia telah idamkan selama ini. Sebuah restoran pizza.


Di restorannya, Rosa's Fresh Pizza yang terletak di tengah bandar Philadelphia, pizzanya di jual dengan harga 1$ sepotong.


Pelanggannya mula untuk membayar lebih demi mereka yang kurang bernasib baik. Bayaran lebih itu akan di tampal sekeping kertas post-it supaya mereka yang kurang bernasib baik dapat juga menikmati hidangan pizza tersebut.


Setiap kali mereka yang kurang bernasib baik masuk, dengan mudah hanya perlu ambil sekeping kertas post-it kemudian mohon untuk sepotong pizza. Mudah !


Setiap hari, Restoran yang di bina Mason ini telah membantu lebih 40 orang yang kurang bernasib baik mengalas perut demi meneruskan kehidupan mereka. Idea yang di bangunkan oleh Mason ini telah mengubah perspektif orang terhadap yang memerlukan.

Lihatlah betapa bersyukur seorang yang menghargai bantuan tersebut.


Kami rasa, ianya sebuah kisah yang menarik, mungkin ada daripada kita esok akan membuka restoran seperti ini di Malaysia? Kongsikan semoga orang yang kurang bernasib baik mendapat peluang yang cerah satu hari, insyaAllah. :)


Tahniah Mason ! :)
Dikuasakan oleh Blogger.