Header Ads

JAWI Naikkan Harga Kursus Kahwin, Dengan Alasan 'Peningkatan Kos Hidup Semasa'


DI SAAT-SAAT negara kecoh tentang isu harga barang dituntut agar turun sempena penurunan harga minyak, rupanya ada yang naik harga dalam diam-diam.

Ianya adalah kadar bayaran bagi mengikuti kursus pra-perkahwinan Islam di Wilayah Persekutuan.

Rasanya semua pasangan muslim di negara ini pun tahu, ‘sijil kursus kahwin’ ini antara dokumen yang wajib ada bila nak melangsungkan pernikahan. Jadi nak tak nak kena pergi kursus untuk dapatkan sekeping kertas berharga tersebut.

Menerusi satu surat rasmi yang diedarkan dari Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 29 Januari lalu, kadar bayaran penyertaan dan sijil kursus Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) di seluruh Wilayah Persekutuan dimaklumkan, dinaikkan kadarnya mulai Februari 2015.

Justeru harga RM85 yang merangkumi bayaran untuk yuran penyertaan RM80 dan sijil kursus (RM5) sebelum ini, meningkat kepada RM130 iaitu RM120 bagi yuran penyertaan dan RM10 bagi sijil kursus.

Alasan kenaikan ini yang turut disertakan dalam surat tersebut adalah ‘peningkatan kos hidup semasa’.

sumber: mynewshub.my 
Dikuasakan oleh Blogger.