Header Ads

Ibu Bapa Ini Risau Tanda Lahir Yang Hodoh Akan Menjadi Persoalan Anaknya, Ini Yang Mereka Buat

Jadi, bayangkan anda dapat seorang anak perempuan yang cantik, namun terdapat satu tanda lahir besar yang mencacatkan pemandangan. Bagi anda mungkin ia tiada apa masalah, tapi bayangkan persoalan yang bakal di timbulkan oleh dia yang mungkin akan melarat sehingga dia membenci melihat kewujudan tanda lahir tersebut.

Itulah yang di alami oleh pasangan suami isteri ini apabila mendapati anaknya mempunyai tanda lahir yang jelas kelihatan pada kakinya.

Memikirkan keadaan yang bakal di hadapi, suaminya mengambil keputusan untuk membuat tatoo, yang menyerupai tanda lahir tersebut dengan harapan semoga anaknya itu tidak terasa berbeza dengan orang di sekelilingnya kerana ayahnya juga mempunyai tanda lahir tersebut.





Jika anda fikirkan tentang ini, tatoo sudah sememangnya suatu perkara yang menjadikan kulit nampak kotor dan merosakkan kecantikan kewujudan kulit. Namun, bagi pasangan ini walau ia nampak kotor, ianya cukup sempurna untuk membahagiakan hubungan mereka tanpa perlu membuatkan anaknya tersinggung.
Dikuasakan oleh Blogger.