Header Ads

Gara-gara Mahukan ‘Selfie Berani’, Tiga Pelajar Kolej Maut Dirempuh Kereta Api


INDIA – Gara-gara mahukan ‘selfie berani’ dan memuat naik gambar ke laman sosial, tiga pelajar kolej maut dirempuh kereta api.

Kejadian yang berlaku pada 27 Januari lalu mengorbankan tiga pelajar kolej, lapor The Times of India.

Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Yakub, Iqbal dan Afzal. Ketiga-tiga mangsa dilaporkan berusia 20-an dan merupakan pelajar sebuah kolej.

Memetik laporan tersebut, rakan mangsa yang maut, Aneesh berkata, beliau bersama tiga rakannya tersebut sedang dalam perjalanan ke Agra untuk melihat Taj Mahal.

Menurut pegawai polis, Sanjay Kumar memberitahu, keempat-empat pelajar berkenaan ingin ‘selfie’ dengan keretapi yang sedang bergerak.

Aneesh, yang sedang mengambil gambar memberitahu, mereka tidak sempat mengelak keretapi tersebut.
Dikuasakan oleh Blogger.