Header Ads

Gadis Ini Merupakan Pelari Terpantas, Namun Jurulatihnya Perlu Menyambut Dia Di Garis Penamat

Kayla Montgomery merupakan seorang pelari jarak jauh mewakili Amerika Syarikat, beliau adalah seorang yang sangat di kagumi. Apa yang buatkan dia begitu di kagumi adalah kerana kisah beliau berjaya, bagaimana dia melepas rintangan walau sakit untuk menempuh larian tersebut.

Kayla bermula seperti kanak-kanak yang lain, sukakan sukan sehingga satu hari dia jatuh sakit dan tidak mampu menggerakkan kakinya. Setelah dia di diagnosis, terdapat serangan pada sistem saraf beliau dan menyebabkan masalah pada otot dan akan menyebabkan kesukaran dalam pergerakan.

Kayla mengalami masalah untuk berjalan dan sangat tertekan dengan masalah itu untuk beberapa bulan. Suatu hari, dia sedar bahawa tiada gunanya dia mengeluh untuk keadaan dia yang sekarang dan marahkan pada tuhan. Dia ingin kembali pada sukan dan dia tahu dia tidak mungkin ke sukan yang dia sukakan.

Datang seorang jurulatih larian dan mengambilnya untuk menjadi pelari. Jurulatih tersebut terus menjadi seorang individu yang penting buat Kayla kerana telah menjadi orang kuat yang banyak beri semangat dan inspirasi untuk teruskan impiannya. Jurulatih tersebut juga akan menjadi orang yang akan menyambut Kayla di garis penamat. Kayla tidak mampu merasa kakinya ketika dia sedang berlari dan dia perlukan bantuan untuk berenti.

Pemkembangan tentang kesihatan Kayla tidak menunjukkan reaksi yang positif, dia dari seorang pelari biasa sehinga menjadi seorang pelari yang pantas untuk negeri malah untuk negaranya sendiri ! Lihatlah video, betapa hebat Kayla ini.

Dikuasakan oleh Blogger.