Header Ads

Cacing Panjang Keluar Dari Labah-labah Setelah Mati, Saintis Kongsi Pengetahuan Am

Sebuah video amatur yang dirakam oleh seorang individu yang mana menunjukkan saat-saat seekor cacing aneh yang panjang dan besar keluar dari bangkai seekor labah-labah yang baru dibunuhnya.

BaskWith2 yang merupakan pemilik akaun yang berkongsikan video ini pada kira-kira dua tahun lalu bagaimanapun telah memuat naik sekali lagi dalam durasi yang lebih panjang pada dua hari lalu oleh individu lain pula.

Menurutnya, ketika sedang melakukan tugasan, perakam terkejut dengan kehadiran labah-labah besar ini dan terus menggunakan penyembur membunuh serangga ini.

Bagaimanapun, pekara yang lebih mengejutkan lagi berlaku apabila seekor cacing mula keluar dari bangkai labah-labah tersebut,

Cacing yang besaiz besar serta panjang itu berganda-ganda besar dari abdomen labah-labah yang menjadi habitatnya sangat memeranjatkan



Namun perkara tersebut tidaklah perkara yang aneh bagi para saintis dan pakar.

Cacing itu adalah merupakan parasit yang dikelaskan sebagai Mermithid Nematode. Ia sering menjadikan tubuh hidupan Arthropod seperti labah-labah, serangga dan krustasea sebaga perumahnya.

Parasit (Cacing) berkenaan akan membuatkan perumah itu menjadi dahaga dan setelah berada di kawasan berair contohnya tasik ataupun kolam ia akan berusaha keluar dari tubuh perumahnya dan terus membuatkan perumahnya itu mati




Dikuasakan oleh Blogger.