Header Ads

BR1M Akan Mula Dibayar Mulai Khamis Ini - Timbalan Menteri Kewangan

PUTRAJAYA, 13 Jan : Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini memberitahu pembayaran pertama bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) 2015 akan dibuat mulai Khamis ini sekaligus menafikan mesej palsu yang mengatakan BR1M sudah pun mulai dibayar  beberapa hari lepas.

Merujuk kepada mesej palsu yang mengatakan orang ramai boleh mengeluarkan duit BR1M mulai 11 Januari lalu, Ahmad Maslan menyifatkan mesej itu sebagai berniat jahat.

“Ini jahat. Ada pihak yang membuat rakyat marah kerana mereka terpaksa pergi ke bank beratur untuk keluarkan BR1M.

“Esok baru selesai dihantar kesemua 18 bank terpilih dan pada Khamis ini barulah penerima boleh mengeluarkan bantuan BR1M,” katanya dalam sidang media disini pada Selasa.

Selain itu, Ahmad Maslan juga memberitahu, penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M yang akan dibuat mulai 17 Januari dan dijangkan akan berakhir pada 31 Mac ini.


Dikuasakan oleh Blogger.