Header Ads

Appartment Mewah Di Singapura Dengan Kemudahan Garaj Atas Langit

Appartment yang baru siap di bina ini, Hamilton Scott, menawarkan sesuatu yang rare sekali buat para-para pemilik kediaman mewah ini.

Garaj kereta dengan kemampuan untuk menaikkan kereta terus ke kediaman, betul betul berada dekat dengan bahagian ruang tamu.

Terdapat dinding kaca yang memisahkan antara ruang tamu serta garaj tersebut.

Walaupun parking yang bertingkat untuk pemilik kediaman ini sebenarnya sudah mencukupi, namun pihak developer berfikiran lebih jauh di mana tidak ramai orang yang masih lakukan apa yang mereka fikirkan - mempunyai kereta mereka berada di ruang tamu.

Proses meletakkan kereta bermula di bahagian bawah tanah, di mana pemandu perlu berhentikan kereta, keluar dan membuat imbasan biometric, di mana elevator secara automatic akan mengesan dan membuat penghantaran terus ke unit yang betul pemilik itu tinggal. Prosesnya tidak perlukan pemandu serta pengawalan kereta.










Dikuasakan oleh Blogger.