Header Ads

Rumah Semakin Mahal, Lihat Anak Muda Malaysia Ini Mencipta Rumah Kontena Mampu Milik

Seorang anak muda tempatan yang juga seorang web designer, Mohd Azree mengambil langkah bijak dengan membina sebuah rumah kontena di mana ianya satu trend yang semakin popular di barat.

Rumah kontena terbina dari beberapa blok kontena yang biasanya boleh dijumpai di atas kapal pengangkut barang. Blok-blok kontena ini kemudiannya akan di sambungkan menjadi rumah yang selesa mengikut citarasa pemilik sendiri.

Menurut beliau, kos keseluruhan untuk membina rumah kontena ini adalah sekitar RM50,000, termasuklah sebidang tanah seluas 2,400 kaki persegi. Lebih menarik, ianya hanya ambil masa seminggu untuk siap.

Untuk maklumat lanjut tentang rumah kontena ini, anda silakan ke laman sesawan En.Azree ini di www.rumahkontena.com.









Dikuasakan oleh Blogger.