Header Ads

5 Pejabat Dengan Rekaan Dalaman Yang Luar Biasa, No 2 Pejabat Google Malaysia

1. Mindvalley

Mindvalley mengungguli carta pejabat tercantik di Malaysia. Mindvalley adalah sebuah syarikat berasaskan pendidikan online dan produk mereka termasuk penerbitan digital, teknologi pendidikan, pembelajaran online, mobile apps, konten, dan pengacaraan.

Pejabat mereka terletak di Bangsar, dan menampilkan gaya deco dengan pilihan warna yang seimbang serta perabot dan aksesori moden.













2. Google Malaysia

Google Malaysia mengekalkan kecemerlangan syarikatnya dalam hiasan dalaman pejabat. Geekster, minta maaf, kerana tiada kerja untuk para geek/programmer di sini. Pejabat Google di Malaysia adalah untuk divisyen pemasaran, komunikasi dan jualan mereka. Satu ciri yang menarik adalah kafetaria yang diberi nama ‘Gerai Gugel’.










3. Company 27

Company 27 adalah sebuah syarikat interaksi digital dan pembangunan game mudah alih. Terletak di Taman Tun Dr Ismail, kami terkesima dengan reka corak dalaman yang muda dan ‘nakal’. Imej pejabat mereka sangat bersesuaian dengan bisnes yang mereka jalankan.











4. Groupon

Siapa tidak tahu Groupon? Website membeli-belah dengan harga mampu milik yang menjadi santapan harian sesetengah wanita (ya, kami tahu itu). Bertempat di Petaling Jaya, gaya pejabat Groupon membuat kami ingin menjerit F-U-N!









5. Leaderonomics


Leadeoronomics adalah sebuah syarikat pembangunan kepimpinan dan motivasi melalui gaya F-U-N! Budaya kerja mereka menitik beratkan growth, perhubungan, membina masa depan, empowering dan memberi semula. Budaya ini ditunjukkan di dalam ruang interaktif mereka yang bertemakan “taman dalam bandar”.




Dikuasakan oleh Blogger.