Header Ads

Bila Bos Tawar RM6,544 Untuk Pekerja Yang Mahu Berhenti Kerja, Apa Anda Akan Lakukan?

“Jika anda sanggup berhenti kerja pada hari ini, kami akan bayar jumlah masa yang anda telah bekerja dengan kami beserta tambahan RM6,544 sebagai bonus kepada anda!”


Itulah yang ditawarkan kepada pekerja baru yang menjalani program latihan selama 4 minggu di Zappos.com iaitu sebuah syarikat besar yang menjual kasut melalui laman web yang beroperasi di Nevada.


Pekerja baru ini boleh memilih untuk terus berhenti kerja dalam 4 minggu pertama latihan bekerja dengan bayaran bonus sebanyak USD2,000 iaitu bersamaan RM6,544. Tapi anda pasti tidak akan percaya bila diberitahu oleh CEO Zappos Tony Hsieh bahawa hanya 2% hingga 3% sahaja yang mengambil tawaran tersebut. Baki 97% lagi menolak tawaran tersebut dan memilih untuk bekerja di Zappos.

Polisi yang pertama seumpanya ini, mendapat perhatian dari pelbagai pihak dan telah mendapat liputan berita yang sangat meluas dalam dunia perniagaan.

Apakah yang membuatkan innovator yang berprofil tinggi seperti Tony Hsieh membuatkannya sangat mudah dan menarik untuk membuatkan pekerja mereka berhenti?

Jawapan yang sangat ketara adalah “Pekerja yang tidak gembira menyumbang kepada kemunduran syarikat”, dalam jangka masa panjang ia sangat bagus. Kerana Zappos mahu pekerjanya yang betul-betul mahu bekerja dengan mereka dan serasi dengan budaya kerja mereka yang sangat unik. Bagi mereka, tindakan ini lebih menjimatkan berbanding mereka terpaksa menghabiskan wang dan masa mereka kepada pekerja yang mahu bekerja sementara sahaja di syarikat mereka.

Malah polisi ini, turut diadaptasikan ke dalam Amazon.com oleh CEO mereka iaitu Jeff Bezos. Dan jangan terkejut apabila jumlah tawaran oleh Amazon adalah lebih tinggi dari Zappos iaitu pekerjanya ditawarkan USD5,000 bersamaan RM16,360 untuk berhenti.


Buat Apa Yang Anda Suka, Suka Apa Yang Anda Buat!

sumber: the vocket
Dikuasakan oleh Blogger.