Header Ads

Kisah Menakjubkan Tentang Singa Yang Ingat Orang Yang Selamatkan Hidupnya

Namanya Sirga. 2 tahun setengah dulu, dia telah di lahirkan bersama sekumpulan singa liar yang lain. Namun begitu, di saat Sirga yang masih belum cukup matang, menghadapi saat sukar bila ibunya meninggalkannya kerana tidak cukup bekalan susu badan.

Sirga telah di jumpai oleh William De Graaff ni (tuan dia sekarang) yang telah di beritahu oleh Valentin bahawa Sirga memang perlukan bantuan. Sirga memang sangat menghadapi keadaan yang kritikal dan hampir mati kerana badannya sangat kekurangan air.

Dengan bantuan panggilan telefon, mendapatkan tips-tips penjagaan singa dengan baik serta cara-cara untuk membuat susu buatan yang baik, syukur kepada tuhan kerana dia kembali pulih dan suka untuk minum susu buatan yang mengandungi telur segar, krim, susu, vitamin, minyak bunga matahari, serta kalsium.

Kesihatannya menjadi semakin baik dan tidak lama selepas itu dia bukanlah seekor singa yang lemah lagi.

Selepas kejadian tu, Sirga tidak lagi di biarkan bersama kumpulan singa-singa liar namun akan bersama tuannya. Walaupun dia di lahirkan bersama singa liar, namun ia bukan satu persoalan bahawa singa liar tidak boleh jadi seekor yang jinak.

Anda boleh lihat sendiri bagaimana bahagianya Sirga bersama Tuan yang pernah menyelamatkan kehidupannya. Subhanallah, reaksi haiwan begitu sekali. :')













Dikuasakan oleh Blogger.