Header Ads

Kalau Tidak Kerana Polis Suruh Berhenti Ke Tepi Jalan, Entah Ke Dia Sudah...

Lokasi berlaku di Kalamazoo, Michigan, apabila seorang pegawai polis Jason Gates minta seorang pemandu perempuan berhentikan kereta yang di pandunya kerana di dapati telah melanggar lampu isyarat.

Apabila di soal siasat, Gates mendapati bahawa pemandu wanita tadi tidak dapat menjawab soalan beliau malah sedang dalam keadaan yang serius. Pemandu itu mengalami kesesakan nafas yang teruk dan perlukan bantuan.

Gates cuba memberi bantuan dengan tepukan belakang berharap agar ia memberi kelegaan buatnya, namun ianya tidak memberi apa-apa kesan. Tanpa melengahkan masa, Gates menyuruh pemandu tersebut keluar dari kereta dan dengan kadar segera Gates cuba mengeluarkan benda yang tersekat sehingga membuatkan pemandu tersebut mengalami kesesakan pernafasan.

Dalam beberapa saat, semuanya kembali normal, pemandu tersebut sangat berterima kasih kepada Gates, pegawai yang sedang bertugas.


Dikuasakan oleh Blogger.