Header Ads

Video kambing tunggang manusia yang tunggang basikal

ADDIS ABABA – Apabila manusia membonceng basikal, ia perkara biasa.

Namun bagaimana pula jika kambing yang membonceng basikal?

Mungkin ramai yang akan ketawa tetapi sama ada percaya atau tidak, ia bukanlah sesuatu yang pelik malah merupakan sesuatu yang biasa berlaku di Habsyah.

Malah sebagai bukti keadaan berkenaan telah dirakam dan video lelaki menaiki basikal sambil membonceng kambing di belakangnya telah tersebar di YouTube.

Ia dirakam di jalan yang sibuk di Addis Ababa.

Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling, dia terus mengayuh basikal dengan selamba.

Apa yang menarik, kambing yang dibonceng itu pula kelihatan tenang saja tanpa banyak karenah yang menyusahkan pengayuh basikal tersebut.

Ada yang berpendapat, kedua-dua kaki kambing itu diikat supaya kambing itu dapat duduk dengan diam.

Dikuasakan oleh Blogger.