Header Ads

Tiga banduan berjaya larikan diri dari penjara, dengan menggunakan helikopter

Di Kanada, tiga orang banduan penjara berjaya melarikan diri dengan menggunakan cara ala-ala filem Hollywood iaitu menggunakan helikopter.

Ketiga-tiganya berjaya melarikan diri dari sebuah Pusat Tahanan di Quebec City dengan menggunakan sebuah helikopter berwarna hijau malam semalam, menurut laporan laman web CNN.


“Kami kini sedang berbincang dengan pihak pusat tahanan itu untuk memahami bagaimana mereka berjaya melarikan diri,” kata jurucakap polis Quebec Ann Mathieu,D kepada CBC.

Menurut beliau, fokus utama pada ketika ini ialah untuk mencari helikopter itu.

Satu operasi memburu kesemua banduan itu sudah pun dilancarkan untuk menangkap semula Yves Denis Yvon Lamontagne, 35, Denis Lefebvre, 53, dan Serge Pomerleau, 49,.

Dua banduan pertama ditahan kerana tuduhan dadah pada 2010 dan sedang menunggu perbicaraan. Bagaimanapun, butiran jenayah banduan ketiga tidak didedahkan.

Kes terbaru ini merupakan kejadian kedua banduan melarikan diri di Kanada dalam tempoh kurang setahun.

Pada Mac 2013, dua orang yang menyamar sebagai seorang pelancong menyewa sebuah helikopter dari sebuah syarikat pelancongan, kemudian mengarahkan ia diterbangkan ke pusat tahanan di Montreal, membawa lari dua banduan.

Menurut statistik, kejadian melarikan diri menggunakan helikpter bukanlah tidak pernah berlaku.

Seorang banduan Albania Alket Rizaj berjaya melarikan diri dua kali dari penjara dengan keselamatan ketat di Greece pada 2006 dan 2009.

Pada kedua-dua kes, rakan subahat Rizaj menggunakan helikopter untuk masuk ke dalam kawasan penjara dan dia memanjat ke atas helikopter dengan menggunakan tali.

Bagaimanapun, Rizaj berjaya diberkas pada kedua-dua insiden.

Sumber: Bernama

Dikuasakan oleh Blogger.