Header Ads

Suami isteri ditahan, kerana biarkan anak 11 tahun gemuk mencecah 95 kg


Norfolk – Sepasang suami isteri telah ditahan kerana membiarkan anak mereka yang berusia 11 tahun, menjadi gemuk dengan berat mencecah 95 kilogram.

Pasangan itu ditangkap sebaik sahaja mereka bertemu dengan pekerja kebajikan. Mereka telah dikenakan ikat jamin namun berisiko tinggi kehilangan hak jagaan ke atas budak terbabit.

Budak itu dilaporkan pernah jatuh di sekolah ketika sesi renang di sekolah dan tidak mampu untuk berdiri semula.

Dia juga yang sepatutnya menjalani diet ketat sering mengambil makanan segera.

“Anak saya memang besar dan dilahirkan besar malah seluruh keluarga saya juga berbadan besar.

“Tiada apa yang boleh kami lakukan. Dia hanya sekali sekala makan kebab dan makanan kegemarannya adalah brokoli stim, namun dia tetap juga membesar,’’ kata bapanya yang berusia 49 tahun dengan berat 129 kilogram.

Jelas bapanya yang berusia 49 tahun itu, dia dan isterinya cuba memujuk anak mereka bersukan dengan membeli pistol supaya dapat menembak di sekeliling taman di rumah mereka.

Pasangan itu sebelum ini telah menandatangani perjanjian untuk pelan sukarela bagi mengurangkan berat badan budak tersebut, selepas diancam dengan tindakan undang-undang.

Doktor di sebuah hospital tempatan juga pernah menghubungi polis selepas dia dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali.

Sumber: My News Hub

Dikuasakan oleh Blogger.