Header Ads

"Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac" - Neelofa


Kuala Lumpur: “Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu. Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali.

“Justeru saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua,” kata pelakon dan pengacara, Noorneelofa Mohd Noor atau Neelofa, 25, mengenai hubungannya bersama pelakon juga penerbit, Hans Isaac.

Teka-teki percintaan mereka berdua tercetus sejak dua tahun lalu, namun masing-masing tidak pernah tampil memberi pengesahan sebaliknya lebih selesa menyembunyikan daripada pengetahuan umum. Desas-desus mengenai hubungan mereka lebih hangat diperkatakan apabila Hans memberi kenyataan kononnya akan berkahwin hujung tahun ini.

Bagaimanapun, Neelofa yang baru saja memenangi anugerah Pengacara Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH 2013 baru-baru ini tampil membuat pengakuan terbuka semalam kepada Harian Metro selepas tidak tahan lagi sering dikaitkan dengan aktor terkenal itu.

Namun, pengacara program Nona dan MeleTop itu tidak sedia berkongsi punca perpisahan sebaliknya hanya menyifatkan tiada jodoh.

Sumber: myMetro

Dikuasakan oleh Blogger.