Header Ads

Saya akan padam gambar lama, beri masa & ruang - Felixia Yeap


KAMI kira bukan mudah untuk berubah, jika niat itu sudah ada datang pula pelbagai tohmahan dari mereka yang agak negatif akan niat baik anda. Ini apa yang sedang berlaku kepada model Felixia Yeap sejak beliau tampil bertudung.

Salah satu perkara yang menjadi isu adalah keengganan Felixia Yeap untuk memadam gambar lama beliau sepanjang berkecimpung dalam dunia model dengan menyatakan itu adalah hasil kerja keras beliau sebelum ini — namun model ini nampaknya mengubah fikiran.

“Gambar-gambar lama tu saya akan delete, tapi ianya akan memakan masa berminggu-minggu (tanpa kerja atau buat kerja lain) kerana ianya adalah gambar dari tahun 2010/2011 sehingga sekarang, jadi bukan satu dua gambar, tapi beribu-ribu”

“Buat masa ni saya masih tidak stabil dari segi kewangan, dan perlu tumpukan perhatian dalam kerja, selain daripada luangkan masa untuk belajar mengenai agama Islam,” tulis Felixia Yeap menjawab kritikan orang ramai di Facebook baru baru ini.

Ramai juga memberikan sokongan dan pandangan positif yang rata rata menyokong perubahan yang dilakukan Felixia Yeap dan berharap model itu akan kekal dalam imej baru beliau selain memeluk Islam seperti dijanjikan kelak.

“Diminta janganlah like gambar-gambar lama tu. Yang itu adalah kisah dulu, saya sekarang dah bertaubat,” tambah Felixia Yeap lagi.

Sumber: Roti Kaya

Dikuasakan oleh Blogger.