Header Ads

Punggung gadis tercucuk besi pagar, gara-gara cubaan lari dari majikan


Gambar mengerikan seorang wanita tertusuk besi pagar di punggung kini berlegar di media sosial.

Wanita tersebut didakwa seorang pembantu rumah yang cuba lari daripada majikan dengan memanjat pintu pagar besi di sebuah rumah di Ulu Klang, Selangor.

Namun cubaan wanita tersebut dikatakan tidak berjaya apabila bilah besi pagar tercucuk di punggung membuatkan dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun setakat ini, kesahihan penyebaran cerita di sebalik gambar di atas masih belum dapat disahkan. - MYNEWSHUB.MY
Dikuasakan oleh Blogger.