Header Ads

Nikmati suasana romantik bersama tersayang di sudut gua bercahayakan lilin

Yang mana menjadi pilihan anda apabila ingin makan malam bersama orang yang tersayang? Sebuah ruang peribadi di satu sudut yang sangat privasi atau di sebuah sudut yang di temani cahaya sinaran bintang yang berkerlipan.

Apa-apa pun, mari kita lihat betapa indah jika dapat berada di sebuah restoran yang di ubah suai dari sebuah gua yang biasa-biasa menjadi satu restoran yang mendapat perhatian pelancong yang tidak mahu ketinggalan untuk mengunjungi restoran ini.

Ianya terletak 30 km dari arah selatan Mombasa, restoran ini telah di ubah suai sejak 33 tahun yang lalu oleh pasangan suami isteri, George & Jackie Barbour yang di namakan sebagai Ali Barbour's Cave. Restoran ini hanya menerima pelanggan sehingga 80 orang bagi menikmati pengalaman yang luar biasa ini.









Dikuasakan oleh Blogger.