Header Ads

Nenek berkongsi gambar bogel terima padah apabila di ugut untuk menyebarkannya


Seorang ibu tunggal berusia 53 tahun yang bertindak berani menghantar gambar bogelnya kepada seorang kenalan lelaki yang baharu dikenalinya di Internet akhirnya menerima padah apabila lelaki tersebut mengugut akan menyebarkan gambarnya jika kemahuannya tidak dipenuhi.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Chew berkata lelaki tersebut, Benjamin Federico, 54, mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya jika tidak menyerahkan wang sebanyak USD5,000 (RM16,000).

Chew mengatakan dia berkenalan dengan lelaki itu menerusi satu laman temujanji online di mana beberapa kawannya berjaya menemui jodoh di situ.

Akibat terlalu percaya dan cintakan Benjamin yang mendakwa dirinya seorang doktor haiwan yang tinggal di Kanada itu, Chew, seorang eksekutif jualan tanpa berfikir panjang terus menghantar gambar bogelnya kepada lelaki itu.

Malah Benjamin turut berjanji mahu mengahwini Chew setelah beberapa kali berbual di Internet dan berjanji untuk membawa Chew tinggal di Kanada selepas mereka berkahwin.

Disebabkan bimbang gambar bogelnya akan tersebar, Chew membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya, baru-baru ini.

Hmm, mungkin sekali dua kes macam ni berlaku, ada juga yang tak ambil pengajaran.

Diharapkan orang ramai di luar sana lebih berhati-hati apabila berkenalan di laman maya kerana tak semuanya bersikap jujur seperti mana yang anda sangkakan. – MYNEWSHUB.MY

Dikuasakan oleh Blogger.