Header Ads

Menjijikkan ! Ada kulit berlendir dalam cili kisar ini


Masalah kebersihan ketika penghasilan sesuatu produk sebenarnya isu yang sudah lama.

Selain isu halal, ini adalah satu lagi dilema pengguna yang memerlukan kerjasama pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memantau hal ini.

Selepas penemuan ‘aneh’ dalam susu dan kicap yang pernah dikongsikan di laman-laman sosial, kini tersebar pula bendasing dalam cili giling segera yang meloyakan.

Khabarnya, ia kelihatan seperti kulit yang berlendir namun tidak dapat dipastikan kulit apakah itu.

Apa yang pasti, pihak menemuinya berikrar untuk sanggup bersusah menghasilkan cili giling sendiri selepas ini daripada beli yang dah siap. – MYNEWSHUB.MY

Dikuasakan oleh Blogger.