Header Ads

Laluan keretapi terpendek dunia, Harga tiket 50 sen sehala

Keretapi kabel Angel Flights di Los Angeles yang diiktiraf sebagai laluan keretapi terpendek di dunia. Ia menyambungkan Hill Street dan California Plaza. Laluan ini mempunyai dua buah tram dan hanya sepanjang 91 meter.

Angel Flights dibina pada tahun 1901 dan berfungsi denga hanya satu kemalangan maut sehingga 1969. Perkhidmatan dihentikan kerana kawasan persekitaran stesen dibangunkan semula.

Pada tahun 1996 Angel Flight dipasang semula di kawasan berdekatan dan pada tahun 2001 ianya dihentikan sekali lagi apabila berlaku kemalangan maut mengakibatkan 1 kematian. Kemalangan berlaku apabila tram keretapi menggelunsur kebelakang akibat masalah brek.

Sementara menunggu laporan keselamatan diumumkan Angel Flight ditutup sehingga 2010. Angel Flight kini kembali beroperasi dan diisyitiharkan sebagai warisan negeri California. Jika anda mahu menaiki laluan keretapi terpendek dunia silalah ke California. Harga tiket hanya 50 sen sehala.







Dikuasakan oleh Blogger.