Header Ads

Kapal terpanjang ini mempunyai panjang yang melebihi tinggi sebuah menara KLCC

Seawise Giant ialah kapal terpanjang pernah dibina oleh manusia. Panjang kapal pengangkut minyak mentah ini ialah 458.45 meter dan ini bermakna ianya lebih panjang dari Menara Berkembar Petronas! Ia diperkasakan enjin diesel 50 000 kuasa kuda yang memberikan kelajuan maksimum 30 kilometer sejam.   Kapal ini mempunyai sejarah yang menarik dan tragis.

Ianya dibina pada tahun 1974 dan siap 5 tahun selepas itu di limbungan Sumitomo Heavy Industries, Jepun.Pada awalnya ia diberi nama 1016. Selepas siap dibina 1016 menjalani ujian pengendalian laut dan didapati mengalami masalah gegaran yang kronik. Pemilik 1016 enggan menerima kapal yang siap dibina dari Sumitomo dan ianya tersadai di limbungan sebelum dijual dan diberi nama Seawise Giant.

Pada tahun 1988 ketika membawa minyak mentah dari Iran, Seawise ditembak dengan peluru berpandu oleh pesawat pejuang Iraq. Ianya karam kemudian ditimbulkan semula. Proses pembaikian dilakukan di Keppel Yard Singapura. Seawsie Giant kembali bertugas sebagai kapal pengangkut minyak pada tahun 1991 dan diberi nama baru Happy Giant.Ia kemudiannya berpindah tangan sebanyak 2 kali lagi dan diberikan nama Jahre Viking dan Knock Nevis. Tugas terakhir Knock Nevis ialah sebagai pelantar menyimpan minyak statik di Teluk Parsi.

Pada tahun 2009 khidmat Knock Nevis dihentikan dan ianya dijual sebagai sekerap. Sekali lagi namanya ditukar kepada Mont dan pelayaran terakhirnya ialah ke Alang India untuk dimusnahkan. Satu-satunya artifak peninggalan objek bergerak terbesar yang pernah dibina oleh manusia ini ialah sauh seberat 36 tan yang kini terletak di Muzium Maritim Hong Kong

sumber: Blogserius





Dikuasakan oleh Blogger.