Header Ads

Inilah wajah remaja OKU yang dikurung ketika masih sihat

Inilah wajah comel remaja OKU yang ditemui terkurung dalam keaadaan menyedihkan disebuah rumah di Nilai Awal pagi semalam.

 Gambar ini diambil ketika beliau masih sihat. Gambar ini diperoleh melalui akaun Facebook yang dikatakan milik ibunya. Gambar ini dimuat naik oleh ibu beliau pada akhir tahun 2013 dengan caption berbunyi 'Permata hatiku yang sulung, dilahiran kurang upaya. namun, dia tetap cahaya hatiku yang dikasihi'.

Ibu remaja ini dikatakan aktif mengemaskinikan akaun Facebook nya dan penampilannya juga langsung tidak mencerminkan kesempitan hidup yang dilaluinya yang mana sehingga sanggup mengurung anak kandungnya seumpama haiwan.

Apapun kita hanya mampu berspekulasi, bahu yang memikul beban menyara dua anak sebagai ibu tunggal tiada siapa yang tahu keperitannya, wallahua'lam - SiakapKeli.com





Dikuasakan oleh Blogger.