Header Ads

Gambar budak berak dalam MRT, bimbangkan rakyat Singapura


Bukan rahsia lagi, setiap kali tersebar gambar orang Cina melakukan perkara ‘kurang bertamadun’ rakyat Singapura akan menuding jari pada pendatang dari Tanah Besar yang kian ramai di sana.

Pendatang China ini dikatakan membawa budaya kampung mereka hingga kadangkala melakukan perbuatan yang tidak mungkin dilakukan rakyat tempatan negara seberang.

Sebagai contoh, kes budak lelaki dibiarkan bermain dalam keadaan telanjang di Changi Food Centre, Singapura.


Disebabkan persepsi negatif ini, gambar seorang ibu yang selamba membiarkan anaknya membuang air besar di lantai tren MRT tiba-tiba menimbulkan polemik.

Rata-rata rakyat Singapura berasa risau jika lama kelamaan budaya memalukan sebegini akan dibawa ke negara mereka jika lambakan pendatang dari China terus dibiarkan.

Nampaknya, budaya pendatang asing yang berbeza dengan masyarakat tempatan sememangnya boleh menimbulkan isu.

Contohnya di Malaysia. Walaupun kita kurang menghadapi masalah pendatang dari China, kelakuan pendatang dari sesetengah negara seperti Myanmar dan Vietnam misalnya masih menimbulkan jengkel di hati rakyat tempatan apabila mereka gemar makan sirih dan menyembur airnya di merata tempat selain memakan haiwan seperti kucing dan anjing. - MYNEWSHUB.MY


Dikuasakan oleh Blogger.