Header Ads

Bila Khairy Jamaluddin cuba nasib mohon MC dari Najib

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini seperti kebiasaannya sisi bergurau beliau membuat satu tweet kepada majikannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kebenaran bercuti sakit kerana diserang demam akibat Piala Dunia.

Menurut beliau dalam tweet berkenaan, beliau berasa sakit dan tidak boleh bangun sejak semalam dan memohon maaf tidak dapat bekerja hari ini.


“@NajibRazak Boss, Saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam. Maaf tak dpt kerja hari ni, esok hantar slip MC #CubaNasib,” kata Khairy Jamaluddin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun menolak permohonan beliau secara gurauan dan ‘lega’ pemimpin muda itu berasa sihat untuk hadir ke mesyuarat kabinet hari ini.



“@KhairyKJ Saya gembira anda sihat untuk hadir ke mesyuarat kabinet #MCDitolak,” kata Najib dengan hashtag lucu #MCDitolak.

Ia secara tidak langsung menggambarkan betapa santai para pemimpin kerajaan tatkala berkomunikasi di laman sosial menunjukkan tugas politik yang matang.

Tengah malam tadi bermula pukul 1 pagi, Khairy Jamaluddin dan ribuan kaki bola berada di Dataran Merdeka menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 yang kali ini diadakan di Brazil.

Pada sesi separuh masa, beliau turut beraksi sebagai penjaga gol menghadapi sepakan percuma yang diambil oleh para penonton.

Jika Khairy Jamaluddin berjaya ditewaskan, mereka akan memenangi hadiah menarik.

Awak pagi tadi, beliau turut bersama orang ramai duduk bersila menonton perlawana pembukaan antara Brazil dan Croatia yang berkesudahan tuan rumah menang 3-1 di Stadium Arena Corinthians di Sao Paolo.

Ketiga-tiga gol pada perlawanan itu dijaringkan oleh pemain Brazil kerana gol pertama oleh Croatia disumbangkan oleh pertahanan Brazil, Marcelo sebelum Neymar menjaringkan dua gol sebelum Oscar melengkapkan kemenangan pasukan tuan rumah. -mynewshub

Dikuasakan oleh Blogger.