Header Ads

Anjing yang hodoh ini mempunyai muka yang menyerupai seorang manusia

Setiap perkara yang terjadi itu sudah semestinya terkandung seribu hikmah. Semua ini adalah kententuan daripada Allah SWT. Seperti mana yang terjadi kepada seekor anjing ini. Wajahnya dikatakan persis seperti seorang manusia.

Biarpun fizikalnya seekor anjing, tetapi wajah yang pelik dan unik itu telah mendapat perhatian dunia dan media.


Anda mungkin terkejut melihat wajahnya, anjing dari jenis Poodle-Shih Tzu yang diberi nama Tonik ini memiliki wajah mirip manusia.

Dipetik daripada Petfinder, laman web haiwan yang merawat Tonik, mengatakan bahawa anjing tersebut diselamatkan dari sebuah tempat pembuangan sampah di Kentucky, Amerika.

“Dia (Tonik) boleh hidup dengan anjing lain. Dia juga tidak berbahaya. Tetapi, sebaik-baiknya dia tidak dipelihara disekitar kanak-kanak kecil kerana hal ini boleh membuatkannya keletihan,” lapor Petfinder dalam artikelnya yang dipetik New York Daily News.

Bagi mereka yang berminat untuk sama-sama memeliharanya, Petfinder meminta sumbangan dari penderma sebanyak USD 250 (RM750).

Dikuasakan oleh Blogger.