Header Ads

Rumah rehat terletak 3835 meter di atas Mont Blanc, penginapan di gunung tertinggi

Refuge du Goûter ialah sebuah rumah rehat yang terletak 3835 meter di atas Mont Blanc. Ianya dibina sebagai tempat penginapan pendaki gunung tertingi yang terletak di Banjaran Alps.

Struktur ini mengambil masa 3 tahun untuk dibina dan boleh menempatkan 120 pendaki dan mempunyai keluasan 750 meter persegi. Tenaga elektrik dijana menggunakan panel solar dan kincir udara. Bagi meminumumkan kesan terhadap alam sekitar air diguna semula dan diambil sepenuhnya dari salji yang dicairkan.

Selain tempat untuk tidur Refuge du Goûter turut dilengkapi dewan makan. Rekaan berbentuk telur digunakan bagi memastikan rumah rehat ini mampu bertahan dengan tiupa angin yang mampu mencecah 300 kilometer sejam ketika musim sejuk.






Dikuasakan oleh Blogger.