Header Ads

Kebun besar di tengah-tengah padang pasir Jordan , ia sesuatu yang tidak dijangka !

Wadi Rum ialah kawasan padang pasir yang terletak di Jordan, yang kini menjadi kebun penanaman sayur oleh Rum Farm Organics.

Projek penghijauan padang pasir ini sudah dilakukan sejak 1986 dan ianya kini membekalkan sayur-sayuran seperti kobis, kentang dan tomato untuk pasaran Jordan. Rum Farm Organic mengepam air dari akuifer yang terletak 40 meter di bawah padang pasir untuk mengairi ladang mereka yang kini mempunyai keluasan 2000 hektar.

Sistem pancuran air berputar digunakan dans setiap kebun sayur berbentuk bulatan ini mempunyai keluasan 78 hektar setiap satu. Yang menarik tentang teknologi penghijauan padang pasir ini ialah ianya bukan teknologi baharu tetapi telah digunakan sejak zaman tamadun Mesir lagi.





Dikuasakan oleh Blogger.