Header Ads

Kapal ini dulu digunakan untuk mengangkut simen, kini ia kapal mewah yang indah

Bot jenis Pinisi ialah bot yang dibina oleh masyarakat Bugis untuk mengangkat kargo dan menangkap ikan. Di Indonesia sebuah bot Pinisi yang dahulunya digunakan sebagai bot kargo mengangkat simen kini sudah diubah suai menjadi sebuah kapal mewah.

Kapal ini kini diberi nama Dragoon 130 dan digunakan di Bali untuk kegunaan golongan elit mengadakan parti persendirian, bersantai dan juga pertunjukkan fesyen. Dragoon 130 mampu membawa 160 orang penumpang dan mempunyai 6 buah kabin. Ia turut mempunyai sebuah panggung wayang mini, kolam renang dan dek berjemur.

Cool! Tak sangka kapal kayu tradisional boleh berubah menjadi kapal mewah!






Dikuasakan oleh Blogger.