Header Ads

Wanita Cantik Ini Di Nobatkan Sebagai Wanita Muda Paling Kaya Di Dunia 2014

Wanita cantik yang bernama Perenna Kei. Kei dinobatkan sebagai wanita kaya termuda di dunia. Ia mengambil alih kedudukan bekas pengasas Facebook, Dustin Moskovitz.

Kei sendiri mempunyai kekayaan bernilai US $ 1.3 bilion. Wanita berwajah ayu yang pernah mendapat pendidikan di University London ini yang kini menetap di Hong Kong.

"Perena Kei tersenarai sebagai peserta baru orang terkaya di dunia. Ia menggantikan kedudukan bekas pengasas Facebook Dustin Moskovitz sebagai orang kaya termuda di dunia," keluaran Forbes dalam AFP seperti didari detikFinance, Khamis (6/3/2014).

Kekayaan Kei diperoleh dari perniagaan milik ayahnya yang dijalankan olehnya yakni Logan Property Holding. Ayah Perenna Kei, Ji Haiping merupakan salah satu hartawan yang berasal dari China.

"Kemasukan Kei dalam senarai orang terkaya versi Forbes selaras dengan kemasukan syarikat Logan Property Holding di bursa saham Hongkong," jelasnya.

Hong Kong yang dihuni 7 juta penduduk, mempunyai 45 orang terkaya yang masuk dalam senarai Forbes tahun 2014. Hong Kong merupakan bandar destinasi kegemaran pelancong dan lokasi yang menarik untuk menjalankan perniagaan atau pelaburan hartanah.

Logan Property sendiri merupakan syarikat pemaju hartanah dari China yang belokasi di berhampiran sempadan Hong Kong, yakni Provinsi Shenzhen.

Pada bulan Disember 2013, Logan Property masuk ke bursa saham. Syarikat mampu mengaut dana segar HK $ 1.6 bilion atau US $ 206 juta dari pasaran modal. Forbes menyebut, Kei mempunyai 85% saham pada syarikat hartanah tersebut melalui syarikat yang ia miliki.

Kei memulakan kerjayanya sebagai seorang pegawai biasa di Logan Property. Hingga akhirnya ia masuk senarai orang muda terkaya di dunia versi Forbes.

Dikuasakan oleh Blogger.