Header Ads

VIDEO: Perbuatan KEJI Potong, Curi Cebisan Kain Kaabah Semasa Tawaf

Dugaan ada di mana-mana termasuklah di tanah suci Mekah.

Itulah yang dapat disimpulkan daripada rakaman video ini yang memaparkan bagaimana segelintir umat Islam yang sepatutnya sedang melakukan ibadah tawaf, mencemarinya dengan perbuatan mencuri cebisan benang daripada penutup kain (kiswah) Kaabah.

Sesetengah orang dipercayai mengambil cebisan tersebut untuk menjadikannya tanda kenangan tetapi ramai juga, mahu menggunakannya untuk dijadikan tangkal atau azimat.

Ulama terkenal Arab Saudi, Nabil al-Awadi yang mengulas perkara ini menjelaskan, perbuatan tersebut adalah haram walaupun para jemaah yang melakukannya mungkin beranggapan tidak mengapa asalkan mereka berniat baik.

Walaupun jarang diceritakan secara terbuka, amalan mencuri cebisan kain ini sebenarnya sudah lama berlaku dalam kalangan jemaah yang ke Mekah untuk menunaikan haji mahu pun umrah termasuk dari Malaysia sejak lama dahulu.

-mynewshub

Klik like untuk menonton perbuatan yang keji ini,


Dikuasakan oleh Blogger.