Header Ads

Mari melihat kehidupan awek-awek cantik di Chehnya (18 Gambar)

Pergolakan di Chehnya menyebabkan kemusnahan teruk sekitar negara bekas Soviet ini terutamanya di ibu kotanya Grozny. Hanya selepas Presiden Ramzan Kadyrov, seorang boneka Moskow diletakkan sebagai presiden, Chehnya kembali tenang.

Permasalahan utama disini ialah status Ramzan sebagai presiden tidak dipersetujui pejuang Islam yang bermandi darah meminta kebebasan dari Russia. Mereka beranggapan Ramzan hanyalah kuda tunggangan Moskow yang bertopengkan Islam untuk mendapatkan sokongan orang ramai.

Ramzan menjadikan Chechnya lebih "islamik" sesuai dengan peratusan penduduk Islam chehnya yang tinggi berbanding ugama lain (94% muslim sunni). Setiap bandar di Chehnya kini mempunyai sebuah masjid. Ketika zaman Soviet dahulu ini semua diharamkan dengan keras. Bilik solat juga dibina di sekolah dan bangunan milik kerjaaan. Kaum wanita diharuskan memakai hijab.

Undang-undang "islam" yang digunakan Ramzan Kadyrov juga berat sebelah dimana kaum wanita tidak mendapat hak yang sama rata. Wanita yang merokok dan tidak memakai hijab boleh dikenakan hukuman berat. Hukuman yang sama tidak ada pada kaum lelaki.





Like untuk lihat gambar "kehidupan awek-awek cantik di Chehnya"

Dikuasakan oleh Blogger.