Header Ads

Lelaki Mengandung DI Temui

Seorang lelaki dari India bernama Sanju Bhagath, 36 tahun mempunyai keadaan perut yang tidak wajar, yakni membengkak seperti sedang hamil 9 bulan. Bhagat yang tinggal di Nagpur, India ini sering merasa sesak nafas kerana keadaannya itu.
Sehingga akhirnya pada suatu malam di Jun 1999, Bhagath menjalani pembedahan di hospital. Isi perut Bhagath yang pada awalnya dijangkakan tumor ganas, sebenarnya merupakan sesuatu yang tak diduga sama sekali.

Ketika dibedah, doktor menemui beberapa bahagian tubuh manusia di bahagian dalam perut Bhagath. Bahagian-bahagian tubuh tersebut adalah milik saudara kembar Bhagath yang terperangkap di dalam perutnya sejak lahir.

Doktor menyatakan, Bhagath mengalami keadaan perubatan teraneh di dunia, yaitu janin di dalam janin lain. Sangat jarang berlaku bahawa sebuah janin boleh berada di dalam janin kembarnya sendiri. Menariknya, janin ini mampu bertahan hidup sebagai parasit dan menyerap darah dan makanan dari tubuh Bhagath, hingga dia bertambah besar dan mula menyakiti tubuh Bhagath.

Like untuk maklumat lanjut berkenaan punca lelaki ini mengandung

Dikuasakan oleh Blogger.