Header Ads

Lelaki ini terjumpa seekor anak burung yang kecil, lihatlah burung ini selepas 36 hari

Seorang warga emas telah berkongsi kisah kehidupan yang menakjubkan di imgur tentang bagaimana ketika beliau berjogging terjumpa seekor anak burung yang dalam keadaan sangat lemah.

Kemudian, dia mengambil keputusan untuk membawanya pulang untuk di jaga dengan baik sehingga besar.

Berikut adalah aliran kisah yang sangat menakjubkan.

Hari pertama: Inilah anak burung yang dijumpaai. Sangat kecil dan tidak bermaya. Untuk pengetahuan, anak burung yang kecil seperti ini tidak sesuai jika di angkat begitu sahaja kerana haiwan ini mempunyai sensitiviti yang kuat terhadap bau manusia.

Hari kedua: Burung ini di jaga dengan rapi, di masukkan ke dalam incubator. Setiap suhu sekitar di jaga dengan baik sekali.

Hari ketiga: Anak burung ini di beri makan yang cukup sekali.

Hari keempat: Anda boleh lihat sendiri perkembangan burung ini terhadap bulu-bulu yang tumbuh pada sayapnya. Hebat ! Kadang-kadang dia bising meminta perhatian untuk di beri makan.

Hari kelima: Burung ini sudah pandai untuk belajar duduk dengan baik. Lihatlah pada bulu-bulunya, perkembangan yang sangat luar biasa !

Hari keenam: Gambaran yang lebih jelas terhadap perkembangan sayapnya yang baik. Apabila bulu-bulu mengelilingi sayap tersebut, ia mampu untuk membuka lebih luas.

Hari ketujuh: Semalaman, bulu-bulunya telah gugur dan digantikan dengan pelepah, lihat ! seekor burung !


Hari kelapan: Nak makan ! tak nak bebel !

Hari kesembilan: Burung ini tidak lagi perlukan bantuan incubator. Semenjak badannya di lindungi dengan bulu-bulu yang lebat, dia mampu untuk mengawal sendiri tahap suhu badan mengikut persekitaran.

Hari kesepuluh: Anak burung ini di pindahkan ke sangkar yang lebih selesa. Di berikan lebih banyak bahan untuk dia mengenal dunia. Nampak dia lebih gembira dari expressionnya.

Hari kesebelas: Dia mampu untuk berdiri di atas batang dengan baik sekali. Tapi masih belum ada ekor, kelakar la pulak.

Hari kedua belas: Burung yang sangat kecil, sekarang dia berdiri di atas jari pula. Comel kan

Hari ketiga belas: Hampir 2 minggu sejak hari kejadian, dia semakin membesar dan membaik. Alhamdulillah. Kakinya semakin kuat dan mengimbang.


Hari keempat belas: Dia nampak semakin matang dari luarannya.

Hari ketujuh belas: Dia di letakkan dalam sangkar yang lebih besar dan luas. Di berikan batang serta dahan pokok supaya dapat suaikan diri dengan dunia luar nanti.

Hari ke 22 : Sangkarnya di letakkan di luar, supaya dia lebih suaikan diri dengan keadaan angin pula.

Hari ke 23: Gambar terbaik. Bulunya semakin baik, ekor juga sudah ada.

Hari ke 25: Bulu-bulu yang semakin tersusun.

Hari ke 27: Sekarang dia makan, tanpa perlu di suap. Makan sendiri, dah besar la tu !

Hari ke 29: Dedaun besar di letakkan dalam sangkar. Dia nampak seakan-akan gembira dengan tindakan itu.

Hari ke 33: Nampak akan keadaan dia sekarang, dah sesuai untuk di berikan kebebasan padanya. Tapi cuaca tidak mengizinkan, jadi biar dulu untuk beberapa hari.

Hari ke 36: Cuaca sekarang baik, bulu dan pelepahnya nampak sangat meyakinkan untuk biarkan dia terbang bebas. Selamat tinggal burung !

Ooops ! Kalau nak terus baca kisah perkembangan anak burung ini sehingga ke hari 36, klik like di bawah. .


Dikuasakan oleh Blogger.