Header Ads

Konsep Penjara Masa Hadapan (9 Gambar)

 Hari ini kita akan melihat sebuat konsep Menara Penjara di New Jersey. Sekali lagi rekaan bangunan vertikal dipilih bagi memastikan penggunaan tanah yang masksimum kerana New Jersey mempunyai ruang tanah yang terhad. Di Amerika dikatakan terdapat lebih kurang 2 JUTA orang dipenjarakan pada satu-satu masa. Secara per kapita USA adalah antara negara yang mempunyai jumlah banduan terbesar didunia.

Selain dari mahu memaksimakan penggunaan tanah, penjara rekaan Andreas Tjeldflaat dan Greg Knobloch mempunyai rekaan dalaman yang simbolik. Banduan merbahaya diletakkan pada bahagian bawah. Banduan yang kurang bahaya diletakkan diatas. Ini simbolik tahap pemsulishan seorang banduan untuk berdiri semula menjadi warganegara yang berguna.

Banduan pada bahagian atas yang semakin hampir kepada tempoh tahanan dapat melihat keseluruhan bandar. Banduan yang baru dan masih keji tidak dapat melihat dunia luar. Pembinaan penjara di kawasan awam pula menurut dua jurureka memudahkan kaum keluarga melawat.

Dikatakan banduan lebih mudah insaf dan kembali ke jalan yang lurus jika menerima sokongan dan lawatan keluarga. Kebanyakkan penjara di USA terletak di kawasan pendalaman dan ini menyukarkan keluarga melawat.



Like untuk lihat gambar penjara konsep


Dikuasakan oleh Blogger.