Header Ads

Kafe Kucing Pertama Di Perancis Yang Sangat Menarik

Apa yang menarik tentang kafe tersebut adalah kafe dipenuhi dengan sembilan ekor kucing yang bersedia menunggu untuk menghiburkan para pelanggan dengan kerenah masing-masing. Terdahulu, telah ada kafe sebegini beroperasi di Tokyo, Jepun.

Malah, kafe di Tokyo miliki berbelas-belas ekor kucing. Para pelanggan yang tidak berpeluang untuk memiliki kucing di rumah boleh datang ke sini menikmati kopi bersama kucing yang akan bermanja sambil menggeselkan badan di lutut.

Berbalik kepada kafe kucing di Perancis, Margaux Gandelon merupakan wanita yang bertanggungjawab di sebalik pembukaan kafe di daerah Marais. Menurutnya, kucing-kucing tersebut telah dipilih dengan teliti berdasarkan kemahiran sosial mereka. Tegasnya lagi, kebersihan dan kebajikan kucing-kucing itu sentiasa menjadi keutamaannya. Menurutnya lagi kucing di kafe bebas bergerak sepanjang hari dan malam.

Seorang pelanggan, Cindy Engel yang berasal dari Strasbourg telah melawat kafe itu lebih awal daripada hari pelancarannya untuk melakukan pratonton. Malah, padanya konsep kafe tersebut sangat menarik di samping menggalakkan dirinya untuk berinteraksi dengan orang lain berbanding peralatan elektronik








Dikuasakan oleh Blogger.