Header Ads

Anak bantu bunuh ibu, dilepaskan dari hukuman penjara


Di Guanzhou China berlaku kes aneh dimana seorang anak yang mengaku membunuh ibu beliau atas dasar kasihan dilepaskan dari hukuman penjara. Deng Mingjian boleh dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun atas kesalahan membantu ibu beliau membunuh diri dengan meminum racun rumpai pada May tahun lalu. 

Tetapi selepas adik, abang serta rakan sekerja memberi testimoni yang mengatakan Deng Mingjian menolong ibu beliau membunuh diri atas dasar kasihan mahkamah menggantungkan penghakiman dan beliau dibebaskan.

Mahkamah diberitahu Deng Mingjian seorang anak yang baik dan menjaga ibu belia setelah si ibu diserang stroke pada tahun 1991 dan 1996. Adik dan kakak Deng Mingjian memberitahu mahkamah ibu mereka banyak kali memujuk mereka supaya memberikan racun rumpai supaya beliau boleh mati. Deng Mingjian menjaga ibu beliau kerana adik beradiknya tidak mampu menanggung kos perubatan. 

Selepas anak beliau masuk ke sekolah vokasional masalah kewangan menjadi tidak tertanggung. Ibu Deng Mingjian mahu membunuh diri supaya Deng Mingjian tidak akan dibebani lagi oleh beliau. Deng Mingjian akhirnya memberi ibu beliau racun rumpai dan ibunyua pun meninggal dunia.

Kes Deng Mingjian mendapat liputan hebat di China kerana ramai yang merasakan Deng seorang anak yang baik dan tidak harus dihukum. Jika kerajaan China gagal memberikan socialised medicine kepada jutaan rakyatnya kenapa Deng harus dihukum kerana tidak sanggup lagi melihat ibu beliau terseksa.
Dikuasakan oleh Blogger.