Header Ads

2 orang wanita ini berniqab tetapi berpakaian seksi tanda protes gangguan seksual

Dua orang wanita di Shanghai melakukan protes kecil-kecilan menentang gangguan seksual keatas wanita yang menggunakan keretapi bawah tanah Shanghai Metro.

Mereka mengenakan hijab dan niqab bagi menarik perhatian orang ramai terhadap masalah gangguan seksual yang di alami wanita Shanghai. Selain itu mereka juga memegang sebuah iPad dengan mesej;

"Kami mahu kelihatan cool tapi tidak mahu diganggangu orang gatal"
dan
"Kami mungkin seksi tapi tak bermakna kami ingin diganggu"

Protes ini juga adalah reaksi kepada penulisan blog miluk Shanghai Metro yang menyalahkan wanita yang berpakaian seksi kerana menyebabkan diri mereka menjadi mangsa gangguan seksual. Mereka memaparkan gambar seorang wanita berbaju jarang menampakkan pakaian dalam dan menyuruh pengguna wanita supaya jangan terlalu seksi.

Netizen Shanghai yang membaca blog ini sepakat membantah mesej yang disampaikan Shanghai Metro. Pada pendapat mereka wanita Shanghai bebas memakai apa yang mereka mahu dan kenapa pula mereka harus merubah gaya pemakaian sedangkan golongan pervertlah yang harus merubah mentaliti kotor mereka.




sumber: blogserius.blogspot.com
Klik like untuk lihat gambar "Wanita berniqab tetapi berpakaian seksi tanda protes gangguan seksual"

Dikuasakan oleh Blogger.