Header Ads

Wartawan Luka Terkena Batu Sesat Tetap Buat Liputan

Wartawan yang berdedikasi pada tugasnya walau darah mengalir dari kepalanya.

Akhbar the Huffington Post melaporkan, Beliau seorang wartawan bernama Gleb Garanich bekerja untuk berita UK Reuters. Walaupun terkena batu sesat di kepalanya menyebabkan luka dalam namun Garanich enggan berhenti melakukan diliputannya.

Beliau yang bertugas membuat liputan protes besar-besaran di Ibu Kota Kiev, Ukraine yang bergolak lantaran Presiden Viktor Yanukovych enggan kerjasama perdagangan dengan Kesatuan Eropah sebab tidak mahu mengkhianati kerjasama dengan Rusia.

Gambar Garanich tetap membuat liputan walaupun darah mengalir dari kepalanya yang dimuat naik oleh Reuters di akaun Twitter rasmi media itu.

Reuters menulis dengan rasa bangga. "Ini wartawan foto kami Gleb Garanich tetap bekerja walaupun terluka semasa membuat liputan demonstrasi di Ukraine," jelas Reuters.

Dikuasakan oleh Blogger.