Header Ads

VIDEO: Inilah Pulau Semakau…’Destinasi Terakhir’ Sampah Di Singapura

DENGAN keluasan yang terhad, mungkin kita tertanya-tanya di mana pihak berkuasa Singapura menguruskan sampah sarap mereka setiap hari.

Jawapannya adalah di sebuah pulau yang bernama Pulau Semakau.

Ia terletak lapan kilometer di selatan republik itu.

Pulau ini mempunyai keluasan 3.5 kilometer persegi hasil dari penambakan laut.

Semakau dirancang oleh para saintis di agensi NEA Singapura.

Ia terdiri daripada dua pulau kecil yang telah terhubung dengan tunggul batu.

Bahagian dalam wilayah ini dibahagi kepada 11 teluk, yang dilapisi dengan plastik tebal dan tanah liat untuk mencegah bahan yang tidak diinginkan daripada mencemari laut.

Sejak mula digunakan pada tahun 1999, empat dari 11 teluk telah diisi, ditutupi dengan tanah dan ditanam dengan rumput.

Penghijauan ini menelan belanja sekitar $400 juta, dapat menyimpan sehingga 63 juta meter kubik sampah, cukup untuk memenuhi pengelolaan sampah Singapura sehingga 2040.

Jom tengok…







Dikuasakan oleh Blogger.