Header Ads

Video habib tampar ustaz yang dikongsi Dr Asri

Apa yang dikongsi Dr Asri Zainul Abidin di FB beliau..

Nama Allah, Rasulullah, syurga, neraka, halal dan haram sering dipergunakan. Apakah setiap yang mempergunakan nama Allah dan Rasulullah ataupun ‘keluarga rasulullah’ itu mendapat perkenan dari Allah?! Apakah orang agama mempunyai lesen besar untuk menggunakan nama agama sepuasnya sehingga menghina orang lain dan kaum keluarga mereka. Apakah jika seseorang mendakwa dia dari keluarga yang mulia boleh menghina orang lain dan ibubapa mereka?! DEMI ALLAH! Itu bukan ajaran Islam.

Amat dukacita menonton video yang disebarkan ini. Inikah gaya ceramah dan pengajaran agama?! – Dr Maza

Klik like untuk menonton video habib menampar ustaz

‘Habib’, mungkin penceramah jemputan yang menampar ustaz atau guru di hadapan perhimpunan sekolah. ‘Habib’ yang berserban, berjubah sumpah seranah ibu, ayah guru yang ditampar sebagai anjing. Sebab tak dinyatakan.

Cara dakwah yang begitu dikesalkan Dr Asri sehingga menyebut “DEMI ALLAH! Itu bukan ajaran Islam”.
Dikuasakan oleh Blogger.