Header Ads

Tembok Besar China Palsu Dibina Di Indonesia

Dikenali dengan nama Janjang Koto Gadang, ia merupakan tembok besar yang dibina ala-ala Tembok Besar di China.



Fakta Ringkas:

Tembok ini terletak di antara Kabupaten Agam dan Kota Bukittinggi di Sumatera Barat, yang sebenarnya merupakan jambatan sepanjang 1.7km yang disebut sebagai Janjang Koto Gadang.

Jambatan tembok itu menghubungkan dua kota terpisah dan menyajikan pemandangan alam spektakuler berupa hutan tropika serta jurang yang tajam.

Nama Koto Gadang diambil dari sebuah kampung yang berada di bawah kawasan Kabupaten Agam.
Desain jambatan ini dibuat mirip dengan The Great Wall of China, namun dalam versi yang lebih kecil.

Memerlukan kira-kira 1000 langkah dari Lubang Jepun di Bukittinggi menuju Koto Gadang di Agam.

Memerlukan waktu sekitar 20 minit bagi yang bersemangat berjalan, namun bagi yang tertatih-tatih mungkin memakan masa sehingga 1.5 jam untuk sampai di penghujungnya.













Dikuasakan oleh Blogger.