Header Ads

Sebab lelaki Bangladesh selalu berpegangan tangan ketika berjalan

Isteri juga pernah bertanya, kenapa Mat-mat Bangla selalu berpengan tangan ketika berjalan. Susah kita menjawabnya dan selalu ayat mudah diberikan "gay apa?".

Saudara Saiful Nang sendiri pernah bertanya lelaki Bangladesh tentang perkara tersebut. Ikuti apa yang ditulis Saiful nang di FB beliau.
Biasa kita lihat bangla lelaki dengan lelaki jalan berpegangan tangan kan?


Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?

Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba.
"Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar. Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay".

Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru. Jika dulu "Gay" bermaksud "Sangat Gembira" hari ini, makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain. Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik.
Klik like untuk membaca kenyataan Bangla yang membuatkan pemikiran anda berubah dari tanggapan negatif.


SAIFUL NANG
Madinah Al-Munawwarah
Ayat yang telah dipermudah oleh saudara Saiful Nang untuk pemahaman pembaca.
Dikuasakan oleh Blogger.