Header Ads

Remaja rancang rompak rumah keluarga sendiri


Nusajaya: Kemaruk mahu berjoli bersama rakan, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dikatakan tergamak merancang bersama teman lelakinya berusia 17 tahun dan dua rakan untuk menyamun rumah sendiri di Taman Nusa Bestari, di sini, sebelum membuat laporan polis palsu.

Dalam kejadian pada jam 8.15 malam pada 4 Februari lalu, remaja perempuan itu mendakwa bekas teman lelaki menghubungi kononnya ingin berjumpa di belakang rumah sebelum menyamunnya.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, pelajar itu mendakwa dia membuka pintu belakang rumah sebelum secara tiba-tiba bekas teman lelakinya bersama dua rakan lain menyerbu ke dalam rumah.

“Pelajar itu memaklumkan dia kemudian dipukul sebelum bekas teman lelakinya meletakkan pisau di leher serta perut supaya dia mendiamkan diri dan pada masa sama tiga suspek menyelongkar barang di dalam rumah sebelum melarikan pelbagai barangan berharga,” katanya.

Dikuasakan oleh Blogger.