Header Ads

Remaja maki Ibu babi di twitter hanya kerana Drama Ariana Rose!

Meluahkan amarah di media sosial sudah menjadi trend semenjak dari dulu lagi. Tambahan pula, trend menjaja amarah ini banyak 'dikuasai' oleh golongan muda yang panas baran.

Marahkan orang lain tak mengapa, tetapi bilamana membabitkan keluarga sendiri, ia dilihat bagaikan tidak hormat pada ahli keluarga sendiri.

Mungkin itulah sikap yang ada pada seorang remaja perempuan ini, yang mencarut terhadap ibu kandungnya secara terbuka di laman Twitter hanya kerana rancangan drama tv popular, Ariana Rose.

Ibunya berleter mengarahkan anaknya pergi menunaikan solat maghrib. Namun kerana khusyuk dengan drama Ariana Rose, dia mengabaikan leteran ibunya.

Mungkin si ibu berang dengan tindakan anak gadisnya itu, lalu si ibu mencabut wayar kuasa tv lalu terpadamlah siaran Ariana Rose membuatkan anak perempuannya itu mencarut 'babi' terhadap ibunya sendiri.

Sampai ke tahap itu si anak sanggup lakukan. Walaupun tidak ditulis secara penuh, semua orang boleh mengagaknya, betul tak?

Bagi mereka yang lain, elak-elakanlah menjaja masalah, amarah di laman sosial. Tiada gunanya meluahkan rasa amarah di laman sosial, ianya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Sebaliknya hanya mendatangkan persepsi negatif terhadap diri sendiri.

Seperkara lagi, hormatilah ibu, kerana dialah yang melahirkan kita ke dunia. Jika tiadanya ibu, mungkin si anak tidak kenal dunia termasuklah Ariana Rose. - My Media Hub Sumber asal My News Hub



Dikuasakan oleh Blogger.