Header Ads

Rekod cium mulut paling lama ini dimiliki oleh pasangan gay dari Thailand

Rekod comolot paling lama di dunia kini dipegang pasangan gay Nontawat Jaroegenasornsin (31) dan Thanakorn Sittiamthong (28) yang berasal dari Thailand. Pasangan gay ini berjaya bercium selama 50 jam 25 minit dan 1 saat.

Rekod baru ini ialah pembaharuan selama 4 jam dari rekod lama yang dicipta tahun lalu yang juga milik pasangan dari Thailand. Pasangan gay ini ialah salah satu daripada 7 pasangan yang mengambil bahagian dalam percubaan mencipta rekod ciuman paling lama yang dianjurkan pihak Ripley's Believe it Or Not di Pattaya Thailand.

Ontawat Jaroegenasornsin dan Thanakorn Sittiamthong memenangi hadiah bernilai USD 6500 dalam bentuk cincin permata, pakej penginapan hotel 5 bintang dan wang.



Dikuasakan oleh Blogger.