Header Ads

Pelanggan Temui Roti Sosej Giant Berulat Dan Berkulat (4 Gambar)

Seorang surirumah yang mahu menikmati roti sosej yang dibeli suaminya terkejut besar apabila mendapati sosej tersebut didapati telah pun berkulat dan berulat.

Pengguna tersebut, puan Bie Jackson turut memuatnaik gambar roti sosej yang didakwa beliau telah pun berkulat dan berulat. Selain itu, beliau turut memaparkan tanda harga roti sosej tersebut yang jelas memaparkan nama pasaraya Giant.

“Suami membeli roti ini di kedai yg tertera d Kolombong (Sabah). Dgn harga rm5. Malangnya sesampai ja d rumah kita ingin menjamunya kelihatan hot dog yg d gunaan suda berkulat yg lebih malang berulat. Nasib la aku ni jenis keluarkan sosej dr roti br mkan. Dgn itu boikot giant utk roti jenis ini.”

Menurut info, perkongsian gambar tersebut di laman facebook telah mencecah lebih 2000. Pihak pengurusan Giant perlu memberikan respon segera mengenai kejadian ini kerana ia pasti memberikan reputasi buruk kepada pasaraya terkenal itu.





Dikuasakan oleh Blogger.